Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

Khamis, 27 Disember 2012

Tinggal Kenangan

Jam sudah menunjukkan  12.57 malam. tapi kalau ikot logikknya hari ini sudah menjadi hari yang seterusnya.Oleh kerana due date yang sudah melambai-lambai menunjukkan yang aku ni tak boleh nak ada hidup yang normal.What i mean normal is ..tak dapat nak menikmati saat indah tidur pada waktu malam

Yang menemani aku di bilik study blok ni hanyalah laptop merahku,bilik study ni atau nama barunya studio cawangan Panda 03.Next week,study week.Study week tak bagi apa-apa makna kepada budak studio base cam kami .Ye lar Orang lain boleh study baring-baring dalam bilik or buat discussion group kat library yang sejuk beku tapi kami jangan harap.

Berhempas-pulas cari idea yang kejap-kejap ada pastu hilang .Lukis tu Lukis nii.Kaler tu Kaler nii.

Nampak cam senang tapi serius susah.Lagi susah dari jawab addmath.Seriusss.Mungkin aku tak dak bakat sangat  cam orang lain.Sekali lukis dah cantik.

**************

Lagi beberapa hari tahun 2012 akan meninggalkan kita.Yang tinggal hanyalah kenangan.

Ya kenangan.Boleh jadi manis macam ais-krim or even pahit macam sayuq peria.

Macam-macam dah kita lalui sepanjang tahun ini.sedih.gembira.patah seribu.

Kadang-kadang aku tak percaya,yang orang yang aku selalu jumpa dah lama pergi.

arwah moyang,pakcik Talib, and Pakcu

Pemergian orang yang kita kenal mengajar kita bahawa yang satu hari nanti kita juga akan mati.

Mati tak tahu bila,dimana dan mengapa.

Tak semestinya time dah tua,sakit tenat..

Sekarang ni aku rindu sangat kat family.Homesick.Rasa macam kalau boleh nak skype dengan family tu hari-hari.



Jodoh.Ada yang bertemu jodoh,dan ada yang berpisah.

Apa yang aku belajar dari orang sekeliling aku,tak semestinya kalau kita dah bercouple bertahun-tahun tak mustahil kalau nanti kita tak berkahwin dengan orang tu.

gedik.tutop topik cintun.

***************

Kisah kita mungkin akan berakhir pada tahun ini.Sediakah aku untuk menemui Tuhanku.

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." 
(Surah Ali 'Imran ayat 185)


Rabu, 28 November 2012

nothing

Its better to be myself but sometimes did i really know myself.confusing in choosing every path that i take.

happy.sad.angry. dissapointed. afraid.



there are no shortcut to success.give up??deep in my heart these thing distribute me sometimes.my fault or my destiny.Meroyan sangat dah bahasa Inggeris or we called as second language aku ni.Time present mulalah cakap entah apa-apa.

Tanya sama iman ,
adakah engkau semakin dekat atau jauh kepada Allah.
Sudahkah engkau bersedia untuk menghadapi kematian yang bila-bila sahaja boleh berlaku.
Cukupkah amalan yang hendak dibawa sebagai tiket ke syurga atau dosa sebagai penyebab ke neraka.
Hiburan mana yang kau pilih.yang membawa kau mengingati Allah atau yang mencintaii dunia

Banggakah engkau dengan semua pinjaman yang telah diberikan
Bersyukurkah engkau dengan nikmat yang diberikan



                             Tanya sama hati selalu :) agar hati tak pernah meninggalkan pencipta Nya


i am a doraemon lover..



Khamis, 27 September 2012

Stay behind the boundary


Assalamualaikum w.b.t

annyeonghaseyo

lar ni dah tak tengok drama korea.tak layan dah.padahal hanya tengok beberapa drama sahaja.Aku bukan addicted sangat dengan drama korea ni tapi kalo best and ada masa layan je.First thing yang aku suka about korea drama ni sebab  jalan citer ,scenery and actor semua cute-mute.tapi ada jugak yang bosan.

Sejak dua menjak ni satu dunia sibuk pasal isu oppa gangnam style.

Aku tak faham apa yang best sangat lagu and tarian tu.Kelakar je aku tengok.Tak interested pon gangnam style bagai.

Kalau super junior punya tarian tu barulah smart.Super junior punya group ni aku dah tahu dari kawan aku since aku form 5 tapi time tu aku tak layan lagi korea-korea ni.Aku layan buku-buku je,hahahah..Bleh caya ke.

Kalau kita minat boleh je kan asalkan kita tak terlampau obses.

What i mean by obses is ;

  • Dari celik mata sampailah nak tutup mata  asyik ngadap laptop tengok drama sambil feeling habis-habisan.Siap nangis-nangis macam hilang anak  kalo ada scene sedih.

  • Habis dinding bilik tidur tu nak letak gambar artis korea ,katanya sehari tak tengok wajah yang handsome tu tak boleh tidur.
  • Pantang ada konsert artis korea datang teros booking sit dok depan sekalii.
  • Fesyen rambut ,pakaian semua nak gak cam artis korea.weh tolonglah jangan buat yang ni.sian kat orang lain yang tengok .
Dan bermacam-macam lagi benda yang gila kalau kita jadi gila sengal sangat kat artis korea.

Behave yourself okay.

Bukan artis korea je mana-mana artis lah janganlah memuja mereka kerana mereka tidak layak untuk dipuja.

Okay salam jumaat dari saya ,Siti Syafiqah Abu Hanifah .Piece.







Sabtu, 22 September 2012

Inspiration

Just by looked at their calm faces make me inspired.
















Ayah and mak.


















Arwah moyang yang sudah sebulan meninggalkan kami.Sebelah tu sepupu aku.
Betapa aku rindu yang teramat sangat.

Kalau dulu aku boleh hantarkan makanan atau air kat moyang .sekarang ni hanya doa agar moyang dalam kalangan orang yang beriman.

Hargailah orang yang kita sayang kerana kita di dunia tidak kekal dan bila-bila masa akan menutup mata untuk selama-lamanya.

You were my strength when I was weak 
You were my voice when I couldn't speak 
You were my eyes when I couldn't see 
You saw the best there was in me 
Lifted me up when I couldn't reach 
You gave me faith 'coz you believed 
I'm everything I am 
Because you loved me - Celine Dion




Jumaat, 21 September 2012

Rain drop again

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah still dapat bernafas sehingga ke hari ini.sekarang berada  di penghujung second week sebagai second year student.It means that i have 2 years more to go.studies.studies.but for us  we need to think.practise.English aku makin hari makin dasyat.ni kalo buat essay grammar lintang -pukang kot.

Assignment dah makin menggunung.

Sikap menangguh kerja ni patut buang jauh -jauh.Aku try.Tapi bila time hujan ngadap laptop sambil dengar lagu buat rasa mata cam nak tido.Katil and batal memanggil-manggil.ni lah dugaan.

Next week banyak gak yang kena submit:

Isnin-rock sketching and design pathway


Khamis-skematic and master plan

tengok jer macam lambat je lagi.tapi tuptaptuptap esok dah kena submit.Jangan tangguh lagi buat sekarang.

k.bye.nak sambung keje.

 p/s : sapa suka lagu ni.best tak? iu-rain drop.




Selasa, 18 September 2012

new family


this is my new family in shah alam.love them..dah macam power rangers kan.


geng panda forever.aku rasa beruntung sebab dapat kawan-kawan yang comel cam diorang. :p

mood : terhegeh-hegeh nak siapkan kerja.


Jumaat, 7 September 2012

Celoteh

Assalamualaikum  w.b.t

Selalunya bila dah nak berangkat ke hostel dah jadi habit tulis diari tengah malam buta,tapi sekarang ni dah tak dak diari dah.sebab busy katakan.Sementara menunggu website uitm yang dari tadi loading tak abis -abis.Sentry sebelum balik shah alam.

Barang pon tak siap kemas lagi.Esok dah nak kena balik.Terpaksa balik awal sikit sebab adik aku daftar hari esok.Alang-alang hantar dia ,hantar aku sekali lar kan.Dia fakulti lain and kolej pon lain gak.

Hurmmm....esok kena bangun awal dan pastikan barang tak dak yang tertinggal.Mak ayah dah chop aku ni jenis yang suka tertinggal itu ini sebab tu dah dapat warning awal-awal.

Perasaan bila nak balik hostel ni sedih pon ada gak.

Bila dah dok rumah 3 bulan pon kata cuti sekejap.padahal apa jer yang aku buat time cuti ari tu..keje pon tak, study apatah lagi.Belajar masak.ciput je.


Nanti mesti aku rindu segalanya  tentang rumah.

Adik-adik aku yang aku boleh buli atau pon diorang buli aku.Bergurau mesra atau ganas sikit.

Membebel kat diorang supaya jangan sepahkan rumah.

Masakkan makanan dan suroh diorang komen.kebanyakkannya semua nak bagi negatif komen.kurang asam punya adik.

Walaupon aku ni selalu jer marah kat adik-adik tapi aku sayang sangat kat depa tu.
Marah tanda sayang kan.

Malas nak berceloteh lelebih.Nak settle barang untuk esok.
huhuhhu.


Selasa, 4 September 2012

Awak



Flying Airplane

Saya kawan dengan awak bukan sebab awak kaya ,bukan sebab awak cantik atau bukan sebab awak pandai.

Saya suka kawan dengan awak sebab dulu awak salah satu kekuatan untuk saya berjaya.

Awak dah tinggalkan saya.Tapi saya tetap akan sayang awak sampai bila-bila.

Awak mungkin saya bukanlah sahabat terbaik yang awak miliki.

Di sini ,hanya kenangan yang mampu buat saya tersenyum.Awak dah jauh sekarang,entah bila saya dapat dengar awak buat lawak dan saya gelak sampai sakit perut.

Terima kasih untuk semuanya.

Walaupon awak berbatu jauh dari saya,saya harap awak tak pernah lupakan yang saya pernah menjadi sahabat awak.



Awak teruskan tersenyum ceria sebab saya juga akan merasainya.Saya tahu cita-cita awak nak jadi doktor pakar sakit puan .Saya tahu awak boleh.

Awak kuat.Awak sentiasa tabah.

Air mata bukan bererti awak mengalah.

Perpisahan kita tidak bererti kita bukan lagi sahabat.

Jaga diri baik-baik.Saya peluk awak dari jauh sebab saya tak dapat jumpa awak.



Jumpa lagi ,kawan.


Hanya Tuhan sahaja yang akan menemukan kita.Jika tidak di dunia ini ,Insyallah di akhirat sana.






Selasa, 28 Ogos 2012

Sayonara Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Sudah hampir 2 minggu Ramadhan tinggalkan kita.Mana janji-janji kita di bulan Ramadhan dulu.kata nak didik nafsu dari kawal diri kita.

Kita selalu salahkan setan sebab pengaruh kita buat kerja jahat tapi kata orang tepok sebelah tangan tak berbunyi kan.Minggu depan mostly,member semua dah balik ke uni masing-masing.Teruskan perjuangan.

Tiada sapa tahu bila lagi kita dapat berjumpa.

Tentu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan yang lepas kan.Pahit manis.semua ada.




Pilih antara dua.syurga atau neraka.

Ya Allah bukakanlah hatiku ,keluargaku,saudara-mara muslimin dan muslimat untuk sentiasa mencari keredhaan-Mu.


Walaupun kita rasa diri kita jahat ,bertaubatlah selagi belum terlambat.



cute sangat!!(gambar sekadar hiasan :p)selamat pengantin baru kepada kawan-kawan saya MRSM TGB dan MRSM MERSYNG yang selamat  mendirikan masjid di usia muda~semoga dapat anak yang cute-mute cam ni.hehehe.

sejak-dua menjak ni saya jadi sangat pemalas - _-"






Isnin, 6 Ogos 2012

Wabak insomnia









Gambar-gambar atas ni saja nak bagi motivation sikit sebab kan baru dapat result.Result?alhamdulillah.tapi kena usaha double-triple lagi .

Sejak dua menjak ni rasa macam dah kena penyakit insomnia dah.Mata memang tak boleh tidur selagi belum waktu sahur.siang boleh pulak tidur dibuai mimpi.selera makan pon tak dak.hilang.dok dalam bilik terperok macam katak bawah tempurong dah.sadiss.. T_T.Ni lah aktiviti kalau tak leh tido .baca novel online jep.

Oleh sebab aku bukanlah kakinovel,cuma kakikomik sahaja.huhuu.maka di rumah aku tak dak stok novel cintan cintu ni.Yang ada stok majalah keluarga,wanita,perempuan,.ini majalah mak aku.aku tak layan.haha.aku layan majalah gempak,komik doraemon tapi sudah lama ku tinggalkan demi pembacaan yang berilmiah.

********************************************************************

Entah cam mana aku terbukak novel online ni.

mungkin aku kecewa sebab line internet tahap Gary the Snail so tak leh nak bukak youtube yer dak.

Layan novel Aliesha Kirana.Best kot ala-ala korea citer dia.



Love You Mr Arrogant~hero Jang Geuk suk kot.sesuai sangat dengan watak arrogant cam dalam novel tu.

Secondly,



Hero citer ni Kim Bum.comei gak .

Okay ni satu lagi novel yang aku baca ,Suamiku ,Encik Perfect 10!! karya Shamnuriezmil

Oleh sebab hanya baca online tak dek kemakna nya dapat habis novel ini.semuanya bersambung.........

Kalau nak tahu ending kenalah belikan.

Entah bilalah aku nak pegi kedai buku kan.

Okay,Assalamualaikum,beb!

p/s: sila abaikan tajuk entry ni.Seriously,kalau aku ada masa nak gi bandar and kedai buku.Novel ni yang aku cari.Sapa ada nak pinjam boleh?

Isnin, 30 Julai 2012

Tuhan Jagakan Mereka



 Kalau saya ada bunga ros yang wangi akan saya hadiahkan kepada everyone that i love.Kalau saya ada kek secret recipe yang enak ,tanpa ragu-ragu saya akan share with everyone that i love.Kalau ada muzik yang indah akan saya dengarkan untuk mereka .Kalau ada pemandangan yang cantik ,saya nak mereka rasa betapa cantiknya ciptaan Tuhan.

.......................................................................

Tapi kalau saya ada hati yang sakit,sedih dan luka saya harap mereka takkan mengalaminya.





i never be a perfect person but i pray that every single person that i had know and then love them,let their life perfect 



Rabu, 18 Julai 2012

Pembaharuan Sistem Akademik Di Malaysia



Assalamualaikum.

Mata tak boleh tidur selagi belum pukul dua pagi.Ni simptom remaja kaki online sama macam aku .Macam mana nak tidur siang tadi hang dok membuta sampai tengahari.ishish .teruk punya perangai.Tak mengaku tak pa ,sendiri tahu

Tido tido gak time siang ,isu semasa tahu tak ni.berita tv3 pon tak tengok apatah lagi nak membaca sulat kabar lama an.Rajinkan diri ambil tahu isu semasa yang rancak diperkatakan walaupon kadang-kadang kalau kita tahu pon kita tak boleh bertindak apa-apa .at least kita tahu dan ambil tahu.

Betol ker khabar angin mengatakan yang handphone boleh bawak gi sekolah tahun hadapan.Kalau betol seronoklah adik-adik koi~koi bhsTemerloh.-saya.Pelik juga kenapa kerajaan dah mula benarkan henset dah    boleh di bawak gi sekolah.

Rasanya lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Mana tidaknya lepas ni budak-budak sekolah semua kalau boleh nak ada henset sendiri.Anak orang kaya bolehlah mintak makbapak belikan sorang satu kalau yang kurang berkemampuan nak korek duit dari mana.Tadi siang baru aku baca Metro, gadis 14 tahun jual maruah untuk beli gajet.Astaghfirullah.sanggup gadai masa depan.semoga kita dijauhkan dari benda tak elok macam tu.

Pasni segala henset canggih blueberry,blackberry,ipad segala gajet yang canggih -manggih lagi mahal sudah dimilik oleh kanak-kanak mungkin.Budak-budak kan suka tunjuk kat kawan kalau ada barang baru,macam tak pernah buat kecik2 dulu.heheh.kegiatan curi pon berleluasa.Pengawas pon akan busy sebab kena cek sana-sini.orang yang takdek kaitan pon kena selongkar sepah-sepahkan beg.

Budak sekarang advance lagi dari remaja macam kita-kita ni.dah ada pakwe makwe.senang lah nak mesej,calling-calling.budaya perkapelan jugak berleluasa.Setakat nak tepon mak ayah suroh jempot balik sekolah tak yah lah nak bagi tau,rasanya parent ingat masa sekolah tutop.kalau dah kecemasan sangat public phone kan ad.



Tak disangkal lagi sekarang zaman IT ,semua nak maju tapi apa guna negara maju tapi rakyat pikiran kosong!


Dengan ini saya rasa henset tak seharusnya dibenarkan dibawa ke sekolah terutama kanak-kanak bawah umur.ceh.dah macam bahas plak.

Selasa, 17 Julai 2012

Harapan Ramadhan


Setelah sekian lama tidak mengup-date  blog kucingku ini.nasib baik blog ni bukan kucing aku si Sandy,kalu tak mesti dah mampos sebab tak bagi makan.Err.ASsalamualaikum sahabat semua, lupa pulak excited terlebih punya pasal.Sekarang holiday untok sahabat-sahabat yang sebaya kan.Adik-adik di sekolah sila jeles sebab kami cutiii.Tapi cuti pon jadi penunggu kat rumah ni sorang-sorang.sebelom ni memang tak dak mood nak tulis.alasan biasa .Sambil dengar lagu bigbang~blue ni tetiba ada inspirasi pulak.Apa plan time cuti -cuti ni.Belajar masak,cari duit ,or gi jumpa kawan-kawan lama.


Otak jadi beku sikit duduk rumah lama-lama ni kalau asyik makantidurmakantidur so beraktivitilah dengan cergas dan bermanfaat.sejak bila aku jadi pakar motivasi ni.ni sebab nak sedarkan diri sendiri actually.Oleh sebab dok rumah 2bulan .Alhamdulillah ,Ramadhan bakal membuka tirai tidak lama lagi.seronok kan.Seronok sebab dapat berpuasa bersama insan yang tersayang.bila cakap pasal insan tersayang ,sahabat tolong sedekahkan al-Fatihah to arwah  pak cik Talib.Sedih sebab cuti ni tak sempat pon jumpa arwah.Kali terakhir jumpa masa aku keje kat kedai makan ,pak cik Talib beli nasi lemak dan minom air nescafe yang aku buat.Dari aku darjah 4 dia selalu tegor aku and tanya perkembangan aku sekolah kat mana     and anything about study.Arwah panggil aku Pikok.Pikok macam nama member aku sendiri.

Jadi remaja 20an ni memang mencabar kan.rasional dalam tindakan dan pemikiran.Hopefully,Ramadhan ni kita perbanyakkan amalan dan mantapkan keimanan.Kalau bulan pose nanti syaitan kena ikatkan.yang tinggal nafsu .nafsu makan banyak time berbuka,nafsu shopping time nak raya,nafsu asyik nak lelapkan biji mata dan berbagai seribu satu lagi nafsu yang kita ada.Kalau kita ikat nafsu kita,insyallah Ramadhan kali ini lebih diberkati.Semoga hati kita lebih dekat dengan Pencipta yang mencipta kita dengan sempurna ,Allah s.w.t.Tetapkan hati kita untuk mencapai puasa yang penoh bermakna bukan sekadar lapar dan dahaga.

Harapan Ramadhanku kali ini biarlah menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya.Amin.

p/s; sapa yang ada tips untok berpuasa dengan penoh bertenaga .share2 okay.piece!!
comel tak anak saya.hahah.okay gambar sekadar hiasan~





Jumaat, 27 April 2012

Datang dan pergi


Pernah tak rasa macam kapal layar yang hanyut dibawa ombak laut.Kapal yang tiada pelayar di dalamnya.Hanya mengikut deras pasang surut air laut.Kecewa  kerana tiada hala tuju dan destinasi yang pasti untuk melabuhkan sauh kapal.Harapan impian yang selama ini disemat hilangkah ia atau musnah dibadai angin.Aku tidak tahu.Aku tidak tahu..Titik noktah tanda berakhirnya sebuah kehidupan yang pasti menuju kembali ke tempat asal..okay saya feeling jer ni.sila abaikan.


salam takziah buat pensyarah matematik yg amat aku hormati ,Pn Lily Hajar bt luqmanulhakim.Aku masih teringat senyuman arwah .manis sekali.tabahnya mengajar kami sekelas .Pemergiannya sangat dirasa.Pn.lily ,juga adalah bekas pelajar mrsm jasin.yer dia seniorku.aku agak dia seorang yg sangat pandai.sesi berkenalan di awal kelas dahulu masih ku ingat .

Sempat aku berborak bercerita kenangan di Tgb.Katil kayu memang sama.zaman berzaman punya asrama.partition kayu.flyy..aku masih ingat ceritanya.,yg dia flyy,tapi tak lah extrem setakat panjat pagar ke kampong sebelah lepas tu masok balik.okay aku sangat tak berani nak panjat memanjat.dah cuba.takot. dan gayat.pn lily aku kagum dengan kesabarannya mengajar bebudak kelas aku.tak pernah nak marah-marah.sebab tu aku respect sangat .tanya soalan banyak-banyak kali pon tak per.semoga pn.lily di tempatkan bersama org-org yg beriman.


juga buat  arwah pak cu yg telah byk membantu aku ,menghantar aku ke sekolah,semoga pak cu dalam kalangan orang beriman.yg terakhir buat amierul,rakan ldk .

suatu hari nanti kita PASTI menyusuli mereka cuma tidak tahu bila dan bagaimana.

                          JUST BE PREPARED.

Sabtu, 7 April 2012

padah tak gi check mata

Assalamualaikum..

oleh keadaan yang tak mengizinkan beberapa bulan ,cer macam setahun tak bukak blog ni.busy.sekarang dah masok bulan april,cuti mid sem two weeks lagi..hehe..tak sabar nak balik kampung.

tertanya-tanya tak apa motif letak gambar paspot kat sini.ni nak kasi tunjuk itu spek baru.kaler purple lagi..ni buat spek gi lah kedai opticall ,opticall illusion kot ,lupa lak nama kedai cina tu.

ni pegi setelah dibebel oleh member sebab risau tengok aku yang bila tengok laptop jarak bukan main dekat .YELAH.malam contact lens kenalah cabut.

pergi cek mata,rupa-rupanya power dah meningkat 700.Ya Allah,seram mendengarnya.ni bukan power macam power super saiya ker hapa.ni tahap kritikal ma.

Awak baru umur 20,kalo meningkat cecah seribu boleh buta awak tau.bebel abang cina jual spek tu.Setelah banyak promosi spek mata yang diterangkan,then terbeliak biji mata bila dia cakap spek paling ok  untuk mata sensetif macam ni harga 700 hinggit..

BRO ,HARGATAKLEH KASI KURANG KA..sayakan student mana mampu.boleh tapi ambik 2 spek yg harga 350 dulu nanti bila ckop wang beli satu lagik untuk yang jarak dekat.kiranya aku beli yang untok jarak jaoh dulu.

sapa-sapa yang rabun mahu pon tak sayangi mata anugerah yang Allah kasi kat kita.online jangan lama-lama sangat aw.ok wassalam sambong assignment.k

Rabu, 22 Februari 2012

bento tu apa

Assalamualaikum w.b.t


Cuti-cuti ni bosan jugakkan,kalo ada assignment sibuk pulak nanti.Hurmmm.takpa janji heppy..cari resepi untuk dikaji,tetiba jumpa mender ni.bento,makanan jepon ala-ala pulut kuning versi melayu.sedap ker ,tak tahulah.


sumber- http://en.petitchef.com/recipes/an-online-bento-evolution-fid-229317

cicah dengan rendang .sedap gak ni.






ni macam pig jer tapi kalo nak buwat gak ubah sikit design kat hidung tu ek




mee goreng basah satu,sosej potong kecik-kecik





ni untuk nyaw-nyaw



ni untuk member-member geng pandas

nak gi try guna nasi biasa...selamat berlunch..ok bye..

bulan. dua. puluh.tahun





Assalamualaikum w.b.t

Sekarang umur dah menjengah 20 tahun 9 hari.Terima kasih mak ayah sebab jaga dari kecik hingga ke hari ini.


sayang ayah.the one who always teach me to be brave,
someone who cares about me without show it but i know
he put his best on it ........


sayang mak sampai bila2.the one who always support me,
the one who is everything for me.Nasihat mak akan ku ingat slalu.

Ahad, 19 Februari 2012

motivation :(




Assalamualaikum w.b.t

Ahad di penghujung ,Isnin sudah memanggil kembali.Tetiba mood malam ni jadi tak stabil,mungkin risau dengan result yang akan keluar dalam 3 hari sahaja lagi.Macam biasa bila dapat peluang online tanpa gangguan adiks bukalah facebook,entah macam mana terbuka page seorang member di TGB dahulu,meninjau gambar-gambar si dia.study oversea,Russia.pernah menjadi impian aku untuk menyambung pelajaran ke luar negara.tetapi bukan di negara Eropah.Jordan , ya Jordan.Sejenak,fikiran asyik bertanya mengapa aku tidak dipilih untuk belajar di luar negara.bestnya dapat study oversea.Hatiku kemudian memujuk janganlah berputus asa dengan rahmatNya,Allah menguji hambanya mengikut kemampuan masing-masing.


Insyallah,kehadiran aku di sisi keluarga lebih diperlukan berbanding berjauhan dengan mereka.


Anak sulung ,itulah amanat yang Allah kurniakan,ianya ternyata agar aku dapat membimbing adik-adik ke arah kejayaan duniawi dan ukhrawi..

Khamis, 9 Februari 2012

LIBB~40





Assalamualaikum w.b.t


Jam menunjukkan pukol 11.35 malam ,suasana bilik -bilik di kolej Anggerik sudah mulai sunyi sepi.Dah nama pon cuti semester ,semua student dah balik cuma beberapa insan terpilih (bebudak landskap architecture) dengan separuh rela menjadi sukarelawan untuk program AlamLima.Aku rasa diorang dah nyenyak tidor,kepenatan mengemas-ngemas untok preparation program yang akan berlangsung.Tapi jadi urus setia ni tak dak lah penat sangat macam time LIBB ari tu.10 hari bagaikan setahun..tipu jerk.yelah mana taknya start early in the morning sampai midnight..no rest,kawaaddd!!!main instrument!!!memula sampai dah kedengaran suara keluhan budak brass band,kenapalah masuk koko brass band ni..termasuk aku.


Sebenarnya ,LIBB ni DA BEST ah,seronok sangat !!tak terkata(hiperbola di situ)sebabnya:
banyak memori dan pengalaman dapat di bawak balik,sekarang aku dah pandai main clarinet.hahh!!ko ada??
Komander pesan jaga instrument tu macam jaga nyawa.amanat jaga harta uitm.Kalau main benda ni 6 jam sehari dalam masa 10 hari bibir korang nanti semula jadi macam Angelina Jolie.
Pastu,sekarang dah boleh baca not muzik ni,sikit-sikit saja.dulu tengok ,eh benda apa macam tauge ni.






Kawad,hurmm aku ada pengalaman yang memalukan pasal topik ni.tak nak kasi taulah.segan kot.Apa lagik yang best.Rapat dengan senior dan komander.Walaupon certain ada yang garang macam singa tapi hati mereka lembut ,baiklah kiranya.tak dak lah kejam .tugasan kami kena mintak tandatangan mereka.dari 43 senior dan komander,aku dapat 21 jer tandatangan,tak pa yang penting aku dah dapat tandatangan Drum Major(ni kira orang paling hotlah sebab dia pengarah projek)Nak mintak tandatangan ,kena cari nama penoh,pastikan ejaan betul ejaan ter masok ejaan bT @ binti.kekeliruan sungguh dibuatnya.Tandatangan tahap difficult level nak mintak dengan saper ek .........rasanya majority tak dek lah susah mana tapi nak cari nama full diorang tu yang agak mencabar,takkan nak google benda yang tak tahu.



Malam TERBAIK!!okay malam ni berlangsung 3 hari last .Dalam pukul satu kami semua kena berkumpul di tapak yang jalan tarnya nya kasarr,Hal ini bertujuan ,
KNUCKLE.sebelum ni aku tak pernah tau pon tahu istilah ni adalah untuk denda pamping menggunakan tumbukan korang.Dapat bayangkan tak.Sakit jangan cakaplah.rasa macam sakitlah..Ramai siswi yang menangis kerana tak tahan ,siswa ada jugak kot.Kalau menangis ,jangan haraplah dapat relax ,kena buat jugak.Aku tahan air mata ni pikir benda lain.Tak kisahlah buat kesalahan ke tak buat.dua-dua kena.ni nak latih kerjasama batch.susah senang bersama.



Overall,mengenangkan balik Libb ni memang BEST.dan pasti korang rindu saat suka duka kat libb tu,tapi kalu nak join balik ,tak dek kot yang nak .ker ada.tak tahulah.

Selasa, 10 Januari 2012

saranghaeyo


ok .time nak balik nie..kegilaan terhadap citer-citer korea menjadi-jadi.comeiikan mereka-mereka ini.sebelom balik dah ada satu stok citer korea..maklumlah kat umah xdak wifi ...





Isnin, 9 Januari 2012

Cuti Sem1



Assalamualaikum....

Exam sudah habiss.merdeka sekejap.Esok insyaallah ayah terchinta akan datang menjemput.Ok macam budak asramakan tapi saya bukan budak asrama lagi .bakal masok angka 2 n puloh..hehee.
Balik nanti jangan asyik makantidonline jerk.tolong mak kat umah ek..pesanan untok diri sendiri.Pastu nanti kena balik uitm s
hah alam balik,hurrmm berat hati ..kena kawad.pastu jadik tuan rumah pulak.penatt..tak per pengalaman.
Semalam join,jom relax anjuran pusat sukan..main congkak..BEST2

Khamis, 5 Januari 2012

salahkah dia?




Assalamualaikum wbt...
.online saja yek ,mentang-mentang exam dah nak abis.ishk.Macam mana ok ?Hope everything gonna ba alright.Hoho,biasa kalau tahun baru mesti nak letak pasal entry resolution yer dop.2012,azam tahun baru saya:hurmm...banyak kot.tapi tak tau kenapa rasa macam spirit makin hilang.Syafiqah,apa nak jadik nie.

Happy tak ,next week insyallah boleh balik kampung.yeay.seronokkan.Baru ni kecoh pasal student yang gay dan pastu seksi.Mula-mula saya baca entry dari blog-blog yang lain.Cam tak caya jugak sebab ingatkan edit gambar jek.Dah lama tu baru taw yang gambar betul rupanya.
Kalau baca comment setiap orang dapat rasakan ada yang rasa marah sangat tapi ada jugak yang back up


.Bagos sebab ada yang bagi nasihat tapi yang kurang eloknya mencaci-maki pon ada.Manusia oh manusia.Seriously,kesian sangat kat family orang yang kena kutuk tu,malu nak berdepan dengan masyarakat.pedih kot kalo dengar sedara mara sendiri kena kutuk.For me,tak perlulah sampai nak membenci person tu tapi cukuplah dengan membenci sikap yg kurang baik tu.

Cuba bayangkan kalau orang yg kena kutuk tu akak @ abang@adik kita senang citer darah daging kita sendiri.Sampai hati tak nak kutuk caci maki kat pesbuk.Tentu kita kalo boleh nak solvekan masalah dengan cara sendiri dulukan.Iman kita sendiri pon selalu goyah.Tak perlulah citer turon naiknya iman orang lain.

Teringat kat zaman matrix ustaz pernah tanya kat kelas,saper kat sini yang mengenali diri sendiri??semua tak berani nak jawab.Then ,entah macam mana ustaz tanya saya,saya pon bagitaulah.Kenal ckitlah.Sikit jek kenapa tak banyak.Diri sendiri pon tak kenal.entah apa-apakan..

Ustaz explain , sapa yang mengenali pencipta akan mengenali dirinya juga.Agak-agak kita kenal tak pencipta kita ,kita buat tak apa yang disuruh dan tinggal tak apa yang dilarang.Firstly ,tahun baru ni semua dah makin tuakan so makin dekat dengan kematian,insaflah rakan-rakan.Hamba .Yer kita semua berstatus hamba .Hamba kepada Allah yang menjadikan kita drpd tanah.Kita selalu pohon agar keinginan kita ditunaikan tapi jarang nak bersyukur dengan pelbagai nikmat yang Allah kurniakan .

nikmat islam,nikmat kesihatan,nikmat kasih sayang,dan macam-macam laagiikkk..Semoga
hati ini tetap kekal dalam betapa nikmatnya menjadi hamba yang taat kepada penciptanya...
 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver