Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

Jumaat, 5 April 2013

"Akak Sayang Adik taw".

Assalamualaikum w.b.t.

Di petang Jumaat yang tinggal beberapa minit lagi azan Maghrib akan berkumandang.Ingin bekongsi cerita sedih seorang sahabat..

Pagi Khamis yang lalu, dalam pukol 8 pagi ketika kami bersiap-siap untuk ke kelas,satu mesej masuk ke dalam peti hansetku.Aku membuka dan sedikit terkejut.Innalillahwainilahirrajiun.Adik rakanku yang baru sahaja mendapat result SPM beberapa minggu yang lalu meninggal dunia.accident. ketika ingin menghantar adiknya yang lelaki ke sekolah.

Sebelom ke kelas sempat singgah bilik rakanku itu,air matanya tak dapat lagi dibendung.Suaranya sedih tak dapat menerima satu-satunya adik perempuan yang dia ada dah pergi buat selama-lamanya.

Hujung minggu dulu,aku dan beberapa rakan yang lain ada berbual pasal keluarga dia.Almaklumlah dia baru sahaja melangsungkan  majlis pertunangan.Kami melihat gambar-gambar termasuk gambar arwah.

Rakanku itu disebalik kegembiraan dan senyumnya terlindung pelbagai masalah.Terdetik di hatiku,kesian sangat kat rakanku itu..Betapa ikatan ukhwah itu sangat penting.

Semoga adik lelaki dia selamat kerana menurut rakanku yang menelefon adik dia yang lelaki dalam keadaan koma.Agak sedih kerana dia tak sempat jumpa arwah kali terakhir.Jarak Kedah dengan Shah Alam jaoh gak kukira.

Al-Fatihah buat arwah.

#Ketahuilah adik-adik sekalian segarang mana pon seorang kakak atau abang dia sangat menyayangimu dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buatmu

i know the feeling cause i'm also the 'kaklong'

Khamis, 21 Mac 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum.

Tajuk entri memang agak dramatik,memandangkan dicilop dari drama tibi 3.Oh yea,hari ni result Spm keluar.Mesti sekarang ni ada yang sedih dah tak kurang jugak ada yang happy.Tapi sentiasa ingat bahawa bersyukurlah dengan rezeki masing-masing.Kalau tak capai target tu jangan putus asa.Yakinlah anda pasti berjaya walaupon tak sehebat rakan-rakan yang dapat straight A tu.Sejak-dua-tiga menjak dah semakin busy dengan assignment.Oleh itu aku hanya nak buat short note je.


#Cabaran itu sentiasa ada.Sabar k :D
#Umur dah meningkat tapi tak guna kalau hati semakin lalai dan jauh dengan Allah
#Kita lebih gigih mencari harta berbanding pahala
#Ingat majlis perkahwinan kita itu tidak pasti ada tapi majlis tahlil kita tu yang pasti ada.

mood:entah kenapa blurblur
         :tak paham
         :unexpected thing happen
         :camna aku boleh  kawan dengan orang yang tak pernah jumpa@kenal. -_-"
         :kalo org tu slamba aku takdaklah malu tapi kalo org tu pemalu aku dua kali ganda jadi pemalu
         :segan nak jumpa :p

Jumaat, 15 Februari 2013

Rain

Menangis hanya itu yang dapat kulakukan.Sedih.Umur dah 21 tapi tak boleh lagi nak berfikiran matang.
If i could tell someone my problem that i really cannot handle it by myself.Ya Allah mugkin ujian Mu ini untuk mematangkan hambaMu yang lemah ini.Aku redha Ya Allah.

What should i do?

semakin difikir semakin pening kepala.

Bersabarlah Syafiqah,ini kesilapanmu.Allah takdirkan semua yang berlaku supaya lebih ingat akan kuasanya.

You are need Allah in every breath you take.

Dunia ni hanya pinjaman.Janganlah kejar dunia tapi kejarlah akhirat.Istiqamah mungkin tu yang ko gagal lakukan.

Don't be so sad about getting failed in this duniya but please worried about akhirat.

Aku rindu sangat-sangat kawan aku kat sekolah dulu.Diorang selalu bagi semangat kat aku tapi sekarang diorang masing-masing dah jauh.memang Allah sentiasa bagi kita Teman Pengganti tapi they are cannot be replace.Someone who could make me laugh rather than cry.

Makin lama aku rasa hubungan kami dah tak rapat macam dulu lagi.tapi aku sayang sangat kat diorang. i hope they can live happily even without me.


Buntu.

Istikharah.That could help me.

but i also need encouragement from my own family.please support me i really need it.

i admit that since past that i do not have any spirit.

My spirit is came from my family and friends.

Can they give the spirit again so that i did not being lost like this. (u_u)










Ahad, 10 Februari 2013

Memori SISP

Assalamualaikum. w.b.t, reader sekalian.

Kongsi pa chai.selamat bercuti.selamat harap semuanya selamat.

Oleh sebab,dah sebulan cuti sem,saya sudah pon menjadi suri rumah sepenoh masa.takdaklah sebegitu rajin di dapor sebab takot nanti menambahkan lemak di badan.kerana rasa-rasanya bukan rajin memasak mahupon mengemas walhal melantak.ishk mintak jaoh.

Random je tajok post.Memori Sisp.

okay citernya bermula kira-kira 11 tahon yang lepas.Time tu saya nak masok darjah 4.kat situ.

Hujong tahun tu saya dapat surat tawaran masok asrama Sek.Ind.Shah Pahang singkatannya SISP kat seri bentong.Rasa musykil juga nak pergi ke tak tapi hati excited sangat nak pergi.Mak dan ayah bagi je nak pergi so akhirnya dengan blurblur saya pon pergilah ke asrama.

First day,

ada jugak jumpa member sekolah lama ,tu pon 3 orang je.ingat lagi suasana dorm tu .besar jugak dalam satu dorm ada 15 orang lebih.Aku dapat katil atas.sebelah aku Asyila.sebelah lagi Dayah kalo tak silap.Pastu cam biasa ar kitorang kenal-kenal.Petang tu semua family dah balik.tinggalah kami budak-budak terkontang-kanting.

senior-senior.takdaklah senior sangat kalau ikotkan sekarang.beza umur sedua tahon.takyah nak berlagak sangat bro.

Diorang ni sibok plak nak ambik adik angkat yang cutemute lar sangat.hahaha.aku ase aku tak dak kakak angkat kot tapi aku kamcing sangat dengan akak bilik aku.kak hanis,kak farah,kak azira.

Hurm.time jadi budak sisp ni aku belajar berdikari.

Tapi serius penat.Bangun pukol 4 pagi sebab takot air tak dak.pastu basoh baju sendiri,gosok sendiri,barang-barang sekolah semua kena sedia sendiri,

Kadang-kadang bila tengok adik aku yang darjah4 skang,ase cam tak caya je aku dulu-dulu dah boleh survive kat asrama.Nangis ,jangan cakaplah tak pernah first week tu tiap-tiap malam berendamkan air mata sebab asyik teringatkan rumah.

Homesick,penyakit ni even time form 1 ni sebab aku kat Mersing dan time aku form 4 kat Jasin

Airmata ko akan naturally bergenang bila tengok kereta parents korunk nak beransur balik.

Ceit aku tengok adik-adik aku sekarang semua muka relax je balik hostel.Owh tak aci diorang semua hostel dekat-dekat je,tiap-tiap minggu balik.Adoi.

Jadi budak sisp ni best.siyes best.

kenangan dia tak sama dengan sekolah rendah lain.

kecik-kecik lagi dah dimomokkan dengan cerita hantu macam-macam versi cuma Hantu Kak Limah je belom ada time tu.seram gak.

Rindu.

Petang-petang ada kelas fardhu ain kat kelas.kena hafaz surah.kadang-kadang tidoq atau kacau member.

pastu lepas asar tunggu turn mengaji kat masjid.

ni syok.main kejar-kejar.waktu ni berat badan tidak begitu menjadi permasalahan.kahkah.makan bila tengok jadual makan tu makanan best. Aku dah boleh hafal dah ari apa je yang best, Isnin ,Rabu,Jumaat,Sabtu.heheh.teror tak.

Mandi.chop toilet guna baldi.pastu jerit.lambat lagi ker,cepat sikit ek.

malam,siap-siap gi surau bawak telekung.

Kat masjid kalau rajin mengaji,kalau tak memekak dalam masjid tu.borak dengan kawankan bukan tahu diam.

Prep.

Time ni bila ada warden round je aman kelas,bila tak dek kitorang huhahuha je lah.

study.darjah 4 tak tau pon maksod setadi ni weh.setakat buat keje matematik tu dan karangan tu,sekejap je.

cakap pasal cikgu.

cikgu sisp memang best.

tak dinafikan memang ada yang garang tapi diorang memang terbaik.

harap dapat jumpa lagi cikgu-cikgu sisp dulu.


akhir kata ,aku bangga pernah jadi budak sisp smk seri bentong.THIRDBATCH.UPSR2004







Rabu, 23 Januari 2013

#1 wordlesswednesday




kuih pebret 'TepongPelita'


The reason i likee 'Super Junior' is their energetic dancing.Jadi fan baru jer 
itu pon sebab dengar lagu No Other.




Ehemm.ni time dinner kolej.bajet kek tu kami yang punya. :P



Jumaat, 4 Januari 2013

Pecisan

Alhamdulillah.Syukur untuk segala-galanya yang kita miliki hari ini.Cukop dan purfect.

Mungkin hari ini kita menjamu selera hanya sebungkus maggi kari dan air water cooler atau biskut kering cicah milo.Gara-gara sudah ketandusan not-not licin di dompet.

Hari ini kita mampu melangkah dengan sempurna bersama-sama kawan-kawan sekuliah.Tiada tersungkur tersepak batu di jalanan atau terperosok di longkang awam.

Telinga kita masih lagi mendengar gelak-ketawa dari lawak jenaka dan usikan kosong sahabat kita.Juga  keluh kesah lauhan hati serta kisah sedih mereka.

Namun,di hati kita,ada kotoran yang kita lupa nak bersihkan.Kita malas.malas sangat.

Entah bila nak berubah.



Tunggu maut datang menjemput agaknya.

Saat itu,terlambat sudah.


ceit.kita study untuk exam tapi susah nak study untuk the GREAT becoming exam, 
the mungkar and nangkir question. 


Semoga hati ini terbuka untuk mengikuti perintahNya.

Semoga hati ini sentiasa bersangka baik dalam pekerjaannya.

2013.Azam.maybe.

# We never knows our ending story hence we should do the goods thing starting now.


 
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver