Khamis, 18 Ogos 2011
Shopping Raya
Salam Ramadhan yg ke 18,
Kalau baca tajuk mesti ingat nak story pasal gi beli baju raya...Pandai..betullah tu,dah xdek idea nak letak tajuk apa.Semalam,rancang nak pergi pagi tapi aleh -aleh dalam pukul 1tgh jugak baru pergi ke bandar membangun ,TEMERLOH.Untuk pengetahuan org yg tak dok kat area sini,bandar ni kawasan yang amai damai tak dek shopping mall yang bertingkat-tingkat.Paling banyak tingkat pon kat The Store.Tak secanggih mall-mall kat kota raya an..
Tak de lah shopping sangat,hanya mencuci mata kasi segar sikit bulan pose ni.Aku pegi dengan adik aku yg form3.Firstly,kitorang menuju ke First Lady,tengok2 kalau ada yg berkenan n paling penting cukup dengan bajet..Bersesak-sesak.Bapak budak,mak budak n budak2 sekali,penuh dan berhimpit.Aku pon menyelit sikit ,carik baju mana yg cun.Tak dek yang berkenan.Adik aku dah jumpa pilihan dia,kaler biru punya,nice~
Destinasi kami seterusnya Kedai Kaid Johar.Hah!Yang ni cantik,harga 69.90.Boleh tahan.Jap,nak try.Pusing kiri pusing kanan,cam sempit.
"Uncle,takpelah saya cari yg lain".Hah,kantoi, makin gemook :p
Jom gi kedai RM2.(syUrga membeli-belah)..Aku beli dawai langsir yang mak pesan plus,air soya n biskut coklat.Dahaganya.Next gi Guardian,sejuknya.Relax sikit.Aku ambik Nivea soft rose.Pastu try minyak2 wangi tester.Harum~
"Dah lah moh balik.Kome dah letih".
Pencarian baju rayaku masih tidak berakhir,aku sempat usha kedai2 kain dalam perjalanan
"Anim,sesuai tak?"Kali ni ada ruang.Aku beli baju berbunga-bunga ungu itu.OK kot~
tudung belum lagik....next weeklah.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan